Cara masuk ke Thailand mengunakan kenderaan sendiri (Kereta/Motosikal), berserta dokumen diperlukan
- mohd syahinudin
- Apr 30, 2023
- 3 min read
Pintu sempadan Malaysia-Thailand mula dibuka kembali sejak April 2022 yang lepas, ini membolehkan rakyat Malaysia kembali bercuti dan melancong ke sana. Terdapat pelbagai mod pengangkutan tersedia seperti kapal terbang, bas, tren mahupun menggunakan kenderaan sendiri. Dengan memandu sendiri kenderaan masuk ke Thailand, perjalanan lebih mudah dan flexible.
Bagaimanakah cara untuk masuk ke Thailand menggunakan kenderaan sendiri? Apakah prosedur dan dokumen yang di perlukan?
Terdapat beberapa pintu sempadan yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk ke Thailand. Antaranya Padang Besar, Wang Kelian, Bukit Kayu Hitam, Pengkalan Hulu, Rantau Panjang dan lain-lain. Beberapa faktor perlu dipertimbangkan untuk pilihan sempadan antaranya destinasi yang hendak di tuju, masa untuk melepasi sempadan (kebanyakan bermula seawal 6am ke 10pm).
Antara dokumen yang diperlukan ialah :
1. Passport / Border pass (TM.6 arrival card/departure card, TM.2 Information Conveyance, TM.3 Passenger List)
2. Sijil Pemilikan Kenderaan / Geran (Dokumen ni wajib dibawa untuk mengistiharkan kenderaan ada dengan kastam Thailand. Bawa ja original, pegawai kastam sana cuma nak tengok dan isi form ja tak perlu bawa salinan pun. Jika tiada geran original, boleh bawa salinan geran yang disahkan)
3. Insurans (Compulsory – Por Ror Bor) ini insurans wajib, untuk tambahan insurans lain bergantung pada individu.
Sebelum masuk kawasan sempadan Malaysia, singgah dulu di kiosk/kedai-kedai yang ada jual Insurans Thailand tu, anda boleh dapatkan compulsory insurance di sini serta dapatkan TM.6-Whitecard sekali. Sebagai regular traveler ke Thailand saya selalu dapatkan insurance untuk 1 tahun terus (harga tak ingat pula tapi dalam RM140 macam tu untuk setahun). Ada ja insurans valid seminggu, sebulan dan seterusnya.

Insurans
TM.6 white card pun ada dijual di sini dengan harga RM1, kalau minta tolong mereka isi tambah lagi RM1 so RM2. Kalau yakin isi sendiri ja. Di kaunter immigration pun ada white card ni tapi urusan jadi lama sikit la sebab kena parking kereta dan isi sendiri.

Contoh TM.6. Nanti akan dipotong dan pastikan simpan kepingan kecil TM.6 (Departure Card) dalam passport elok-elok.
TM.2 and TM.3 pun ada disini mereka boleh sediakan tapi semua tu kena caj la, TM.2 dan TM.3 form biasa ja, boleh download dan isi sendiri seperti contoh dibawah. Jangan lupa beli simcard Thailand di sini, penting untuk communication dan navigation, selalu RM20 ja untuk simcard unlimited 7 hari. Beli satu kad dah cukup, buat hotspot ja nanti. Incase terlepas beli simkad disini pun masih boleh beli lagi lepas pintu sempadan, ada ja yang jual simcard di shopee juga.
Selesai urusan sebelum pintu sempadan ni, anda pandu kereta / motorsikal macam biasa ja sampai immigration Malaysia, sampai kaunter drive-through immigration hulur ja passport melalui tingkap kereta kepada pegawai immigration di sana. Selesai urusan di sempadan Malaysia, teruskan perjalanan ke pintu sempadan Thailand pula.

Beratur di Immigration Malaysia.

Beratur di Immigration Thailand.
Di pintu sempadan Thailand, khususnya Padang Besar & Bukit Kayu Hitam (Sebab saya selalu lalu sini ja), pemandu kekal di dalam kereta beratur ke kaunter drive-through immigration Thailand, manakala penumpang turun and masuk ke dalam bangunan immigration untuk cop passport.

Immigration Thailand
Di sini pemandu hendaklah mengemukakan borang TM.2 Information Conveyance dan TM.3 Passenger List (Boleh klik link untuk download borang). Isi TM.2 dan TM.3 ni 2 salinan, satu akan diserahkan kepada pegawai immigration, satu lagi kita bawa dan serahkan bila nak keluar Thailand nanti. Bagi pemilik border pass, had sampai ke Songkhla dan Satun ja.


Contoh cara nak isi borang TM.2 dan TM.3

Dah settle di Immigration Thailand, mereka akan bagi 1 copy untuk kita simpan. Kalau untuk 4 orang ni waktu cuti / overtime kena bayar 40baht kepada immigration officer tu so standby duit siap-siap.
Selesai urusan dengan Immigration, teruskan ke kaunter kastam pula (Custom). Serahkan Insurans, geran, dan passport. Terdapat situasi dimana pemilik kenderaan ialah orang lain, disini anda perlu lampirkan sekali salinan IC / Passport pemilik beserta Authorize Letter (sample Authorize Letter di sini). Nanti pegawai akan isi maklumat dalam system mereka dan keluarkan Custom Declaration Form, sign dan simpan sepanjang di Thailand.

Custom Thailand

Declaration Form
Selesai di kaunter kastam, bawa kereta kedepan sikit akan ada pegawai kastam lain yang akan scan borang tadi. Borang ni perlu simpan baik-baik diserahkan kembali bila keluar nanti, kalau tak next time tak boleh masuk dan kena bayar denda. Bila dah sampai selesai dengan Kastam ni officially dah selesai la urusan ke Thailand. Tahniah!! ยินดีต้อนรับสู่ประเทศไทย
Untuk keluar pula step vice versa ja. Anda akan lalu immigration Thailand dulu untuk cop passport dan serahkan kembali lagi satu salinan TM.2 dan TM.3, di sini macam biasa la penumpang turun masuk dalam bangunan immigration manakala pemandu kekal ja dalam kereta drive ke kaunter immigration.

Selepas itu lalu kastam untuk serahkan kembali borang declaration. Selesai ja kastam Thailand drive terus ke sempadn Malaysia untuk urusan immigration/Kastam Malaysia pula. Sekian harap maklong. ขอบคุณ
Comments