Easy & Simple Homemade Almond Milk | Cara Buat Susu Badam by Li Yow & Siti
Pernah dengar atau minum almond milk?
Di pasaraya besar memang ada jual, banyak perisa ada. Tapi kalau di negara Thailand, almond milk banyak dijual hampir di semua kedai sebab bagus untuk kesihatan & kecantikan. Tapi harganya agak mahal. Jadi, kita buat sendiri je. Senang & tanpa menggunakan bahan pengawet.
Jom tengok video ni sampai habis. 3 minit je🥛
Khasiat almond : 🍶kaya vitamin E & antioksidan yang sangat bagus untuk kulit dan awet muda. 🍶membantu menguruskan berat badan. 🍶mengandungi kalsium & pelbagai mineral lain yang bagus untuk tulang & gigi. 🍶anti inflamasi. 🍶meningkatkan sistem imun dan lain-lain
🚨Nota:
1) Rendam almond untuk kurangkan phytic acid. Secara ringkasnya, phytic acid boleh menyebabkan terganggunya penyerapan iron, zinc dan kalsium.
2) Basuh tangan dengan bersih sebelum tapis susu almond. Ada pembantu lebih baik.
3) Hampas selepas kisar almond boleh dibuat scrub muka & badan, buat base cheesecake, baja organik dll.
4) Kalau nak lebih creamy, selepas siap tapis, kisar susu selama seminit.
5) Disebabkan tidak menggunakan pengawet, sangat disarankan untuk minum dalam masa sehari.
SELAMAT MENCUBA😊
👩🍳Jemput like Facebook Page & Subscribe Youtube Channel kami:
Yorumlar