top of page
Writer's picturemohd syahinudin

Melancong Bersama Keluarga ke Seoul, South Korea - 2018

Updated: May 30, 2020



Day 1 - 19/6

Perjalanan kami sekeluarga ke Seoul, South Korea bermula pada Hari Raya ke-2 tahun 2018, perjalanan bermula dengan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Incheon yang mengambil masa 6 jam 40 minit.

Kami mendarat di Incheon International Airport pada jam 3:20pm, selesai urusan dengan Immigration kami terus bergerak ke tempat pungut luggage dan seterusnya membeli T-card bersama topup dengan harga 25,000₩. T-Card ni nama panjang dia Tour Card kot dan digunakan mostly untuk transportation.




Dalam terminal Airport Incheon


Selepas selesai urusan beli T-card kami seterusnya menuju ke bandaraya Seoul menaiki train. Kami menginap di King Kong Hotel yang terletak di daerah Hoehyeon . Hotel ni bawah kategory hotel bajet la tapi bajet-bajet kat Korea ni harga mencekik juga, awalnya wife saya nk book hotel yg lebih murah tapi agak jauh sikit dari train station, cuma masa dok survey hotel ni di ter-click book now kot jadi stay situ saja la.

Kawasan hotel ni boleh dikatakan stategik la,bersebelahan dengan train station dan nk ke Myeongdong pun 1 stesen atau nak jalan kaki pun boleh.

Untuk sampai ke hotel ni dari Airport tak susah pun as per instruction dari Receptionist hotel tersebut di bawah ni :

“ Take the airport train at Incheon Airport Station.  and then Transfer to line No.4 at Seoul Station to Hoehyeon Station. Take the gate 1. It take just 1min walk to it “


Luar hotel


Luar hotel

Tepi pintu masuk





Sampai sahaja hotel terus check-in dan rehat. Pada pukul 7:00pm kami keluar jalan di Myeondong street, kebanyakan yang ada di sini ialah barangan fesyen dan makanan.

Kami hanya berjalan kaki untuk ke Myeondong street yang terletak 500m dari kawasan hotel. Kalau naik train boleh exit Myeondong station exit 7.



Myeondong night market


Di Myeondong kami hanya window shopping sahaja. Antara makanan yang boleh dimakan di sini:

⁃ Kebab depan kedai Zara

⁃ Soft shell crab

⁃ Signature egg bun 1,5000-2,000

⁃ Sotong goreng tepung 5,000

⁃ Cheese bakar + teokbokki+ susu pekat

⁃ Pastry berinti cheese atau red bean

⁃ Cotton candy

⁃ Oyster cheese

⁃ Buah berangan bakar

⁃ Nuttela crepe - depan uniqlo 4,000

Selesai window shopping kami pun pulang untuk berehat.

Day 2 -20/6

Pada hari Ke-2 kami pergi ke Namdameun Market. Lebih kurang macam pasar traditional korea. Pasar ni terletak bertentangan hotel kami sahaja lebih kurang 500 meter. Yang nak membeli buah tangan seperti T-Shirt dengan harga berpatutan boleh lah ke sini. Pasar ni beroperasi dari pukul 7:00am - 5:00pm. Hari Ahad tutup

Kalau nak ke Namdaemun naik subway, anda hanya perlu turun di stesen subway Myeongdong, line No. 6 Or Hoehyoen stesen exit No. 5 atau 6.


Tapi sebelum ke Namdameun Market kami ke Klinik dulu untuk dapatkan prescription lepas tu baru ke farmasi untuk beli inhaler, awalnya dah nak beli dari Malaysia lagi tapi disebabkan Raya banyak kedai tutup. Jadi sebelum memulakan perjalanan pastikan bawa ubat / supplement apa patut. Untuk info berkaitan Health & Beauty boleh click link >> https://www.captain-garage.com/health-beauty


Di klinik


Farmasi


Safiya macam asthma sikit hari ni, jadi tak larat jalan


Namdameun Market


Namdameun Market


Namdameun Market


Namdameun Market. Sleeping beauty

Kemudian kami balik ke hotel dan berehat. Selepas Zohor kami ke Geongbokgung palace. Kami naik subway ke Gyeongbokgung Palace Station (Seoul Subway Line 3), Exit 5. Tempat ni buka dari 9:00am hingga 6:30pm. Tutup hari Selasa. Harga Tiket 3000 ( Sangat di sarankan beli tiket gabung 4 Palace berharga 10,000 ). Jadual tukar pengawal jam 10:00, 13:00, 15:00 boleh tengok perbarisan askar.

Yang nak cuba pakai Hanbook(baju traditional korea) boleh la cuba, boleh sewa di kedai berhampiran dengan harga 10,000 keatas bergantung kepada design dan total hour.

Dari Gwanghamun Square kami berjalan ke patung King Sejong The Great (pengasas tulisan hanguk Korea). Tempat ni bertentangan dengan Gwanghamun Square sahaja.

Kemudian kami berjalan ke sungai Cheongyecheon (air terjun ditengah bandar Korea) untuk berehat. Berdekatan situ terdapat kedai 7-E boleh lah jika hendak membeli apa-apa.



Gyeongbokgung Palace


Sungai Cheongyecheon



King Sejong The Great


Bangunan kerajaan


Gyeongbokgung Palace


Gyeongbokgung Palace


Gyeongbokgung Palace


Gyeongbokgung Palace


Gyeongbokgung Palace


Gyeongbokgung Palace


Selepas berehat disitu kami naik teksi ke Insadong art street dengan tambang sekitar 3000. Sini macam tempat orang-orang muda lepak. Dari situ kami jalan kaki ke Bukcon Hanok Village yang menempatkan bangunan rumah traditional Korea.



Bukcon Hanok Village


Bukcon Hanok Village


Bukcon Hanok Village


Selepas itu kami ke stesen subway untuk pulang ke hotel.


Day 3- 21/6

Everland

Hari ke-3 kami ke Everland. Tempat ni themepark la macam Disneyland / Universal Studio. Dari hotel kami menaiki train ke Gangnam Station(Line 2). Sampai di Gangnam Station ambil Exit No.10. Di sini cari Gangnam Tourist Information Centre (TIC), berdekatan kawasan lift masuk / exit subway ni ja dan boleh beli siap-siap tiket Everland berharga 36,000₩. Dalam Gangnam Tourist Information Centre (TIC) di tingkat atas ada cultural punya section, boleh la naik cuba baju or main alat musik traditional korea.


Selepas itu kami jalan dalam 200m keluar dari Gangnam Tourist Information Centre (TIC) akan ada bus stop yang terletak di hadapan kedai WHO.A.U Dah sampai bus stop ni alert dengan bus No 5002. Bus ini akan menuju ke Everland Bus Station, dan tambang dalam 2,500₩-one way. Dah sampai nanti tungu ja situ akan ada shuttle bus percuma yang bawa ke Themepark Entrance lebih kurang 5 minit sahaja.



Dalam Gangnam Tourist Information Centre (TIC)


Gangnam Tourist Information Centre (TIC)


Gangnam Tourist Information Centre (TIC)





Taman tema ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu Global Fair, Zoo-Topia, European Adventure, Magic Land dan American Adventure. Rose Festival (May - June) , Summer Splash (June - August).

Disebabkan ramai pengunjung dan masa yang terhad, kami sempat cover Zoo-Topia, European Adventure, melawat taman-taman dan kawasan permainan kanak-kanak.



Everland


Everland


Everland


Everland


Everland


Everland


Everland

Di dalam kawasan Everland ni terdapat satu surau beserta tempat berwuduk di dalamnya, tapi bilik hanya ada satu dan dikongsikan lelaki / wanita. Apa kami buat bersama pelancong muslim lain ialah masuk ikut group jantina la, satu habis yang lain masuk pula.

Antara makanan yang ada dijual di Everland seperti :

⁃ strawbrry soda blender

⁃ Lotteria Shrimp burger 5,000 ala carte

⁃ Churros

- Paris baguette cafe - macaron ice cream

Selesai aktiviti di sana dalam pukul 6:00pm kami pun mula pula ke hotel.

Day 4-22/6

Hari ni kami ke Nami island. Ni tempat dikenali kerana cerita winter Sonata dan ada patung mereka di situ. Untuk ke sana kami menaiki train ke Gapyeong Station. Mungkin kawasan yang dituju ni popular dengan aktiviti hiking kerana sepanjang perjalanan, ada orang tempatan naik train yang sama berserta pakaian dan peralatan untuk hiking. Terdapat seorang makcik yang menjual barang-barang outdoor juga dalam train ni. Di Gapyeong Station pula naik tourist bus yang terletak di hadapan train stesen yang mebawa ke Nami Island terminal. tambang dalam lingkungan 5000 dewasa, 3000 kanak-kanak. Terminal ni nanti boleh beli tiket untuk ke Nami Island ni seperti berikut :

Admission:

Visa Fee and round trip fare - Foreigner: 8,000 - 10,000 won tak ingat pula harga yang tepat.

Zip Wire and Admission Fee: 38,000 won

Zip-wire ni macam flying fox la dari mainland terus menjunam ke Nami Island ni.

Dah selesai beli tiket beratur la ikut orang ramai-ramai tu untuk naik boat ke Nami Island ni, perjalan boat ambil masa dalam 15-30 minit ja..


Di Pulau Nami nanti ada perkhidmatan stroller bayi. Saya tak berapa nak ingat la sama ada percuma atau berbayar. Bila boat dah alongside jetty Pulau Nami jalan terus ja pergi Tourist Info, stroller ada di situ, nak minum air coway ka salin lampin bayi pun ada disediakan ruang di sini.


Di sarankan guna stroller disini sebab jalan kebanyakan tanah dan berpasir, stroller yang disediakan tayarnya agak besar, jadi senang untuk handling di kawasan macam ni.

Boat ke pulau


Welcome to Nami Island


Nami Island

Nami Island


Nami Island


Nami Island


Nami Island


Nami Island


Nami Island


Nami Island


Nami Island


Nami Island


Nami Island


Nami Island


Banyak restoran halal di Nami Island antaranya :

⁃ Drama cafe - nasi goncang dosirak 5,000

⁃ Asian family restaurant dangmoon di nami centre plaza\

Bahagian dalam restoran


Bahagian dalam restoran


Surau ada disediakan di sini dan agak selesa. Disini cuma ada permandangan macam pokok-pokok pine, ada kandang burung unta macam super mini zoo la. Takda apa sangat. Mungkin sebab kami masa musim panas kot, kalau musim sejuk mungkin lain view-nya. Bila difikirkan balik, tak masukkan dalam list pun takpa kot Nami Island ni. Sebab dari hotel nak ke sini consume masa juga.



Safiya tertidur dalam perjalanan balik


Puasa jalan-jalan we back to hotel. Pakai jalan yang sama. Terbalikkan saja...


Day 5 -23/6

Harini pada sebelah pagi, kami ke Namsan Tower. Antara cara nak ke Namsan Tower ini ialah:

1) Menaiki Shuttle Bus no 02 dan 05 dari Chungmuro Station exit 2; 

2) Shuttle Bus no 05 dari Myeongdong Station exit 3;  

3) Shuttle Bus no 03 dari Itaewon exit 4 dan Seoul Station exit 9;

4) Menaiki Cable Car : Dari Myeongdong Station exit 3, jalan lebih kurang 10-15 minit ke arah sebelah kanan Pacific Hotel. 

5) Menaiki Seoul City Tour Bus

6) Naik cable car 7500 naik & turun.


Kami naik Bus No.5 dari Myeondong Station, sebab hotel pun area sini jadi jalan kaki ja ke stesen bas.  Tambang bas pula 1800 pergi dan balik kalau tak silap(dah tua dah). Di sini kami hanya jalan-jalan ambil angin sahaja sambil tengok permandangan dari tempat tinggi. Di sini ada permainan / aktiviti yang dianjurkan oleh badan kebudayaan sini kot. Jadi tengok ja la sambil ambil gambar sikit. Sini juga penuh padlock di kawasan pagar dia, ada yang jual padlock kat sini, nak bawa sendiri dari Malaysia murah sikit. Tapi macam tak perlu pun..


Namsan Tower


Sekitar Namsan Tower


Sekitar Namsan Tower


Sekitar Namsan Tower


Sekitar Namsan Tower


Sekitar Namsan Tower


Sekitar Namsan Tower


Sekitar Namsan Tower


Kemudian kami ke Itaewon. Itaewon ni tempat yang berbilang bangsa / negara dan di sini juga terdapat banyak pub. Orang korea kalau datang sini selalunya untuk mabuk / berparti kot, tapi kami ke sini sebab nak melawat Seoul Central Mosque dan banyak kedai halal disini.

Cara nak ke Itaewon ambil Seoul Subway Line 6 menuju ke Itaewon Station dan ambil Exit 3. Jalan straight kemudian belok kanan di Usadan-ro Street. Teruskan perjalanan mendaki jalan berbukit kemudian belok ke kiri di Usadan-ro 10-gil street. Jalan terus sehingga nampak gerbang masjid di depan anda.



Seoul Central Mosque

Kedai makan halal banyak antaranya:

-Kebab mr kebab itaewon set 6800

-Hotteok 1,000

-Bulgogi eid halal korean food itaewon set 10,000

-Pizza etc

Selepas itu kami balik ke hotel untuk ambil luggage dan menuju ke airport. Flight balik KL pukul 11:50pm


----------------------------------------

Tempat yang ada dalam plan tapi tak sempat pergi ialah LOTTE WORLD .

Lotte World merupakan indoor theme park terbesar di dunia. Terletak di Jamsil, ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu indoor Adventure theme setinggi 4 tingkat yang sesuai untuk anak-anak kecil. Manakala Magic Island theme yang terletak di sebelah luar berhampiran Tasik Seokchonhosu pula lebih sesuai untuk pengunjung dewasa.

Waktu Operasi :Isnin - Khamis dari 9:30 a.m. hingga 10 p.m., Jumaat - Ahad dari 9:30 a.m. to 11:00 p.m

Note : Hard Rock Cafe Seoul terletak di aras 5 di Lotte World Mall iaitu bersebelahan Lotte World.

Cara ke Lotte World :

Seoul Subway Line 2 dan 8 , Jamsil Station exit 3. Hard Rock Cafe exit 1

--------------------------------------



Tempat yang tak plan pun nak pi tapi safiya teringin sangat katanya



Sebenarkan itinerary ni dibuat sepenuhnya oleh isteri saya di sebabkan sebelum bertolak tu saya masih bekerja di atas kapal. Sekian harap maklong

Wassalam

584 views0 comments

Comments


bottom of page