top of page
Writer's picturemohd syahinudin

Kebaikan Kacang Soya Sebagai Sumber Yang Kaya Dengan Protein

Updated: Jul 25, 2020



Sumber protein amatlah penting kepada tubuh badan kita. Ia boleh didapati dari 2 sumber utama iaitu protein haiwan dan protein tumbuhan. Pada entry kali ini saya akan menyentuh mengenai sumber yang boleh didapati dari tumbuhan iaitu Kacang Soya.


Kacang soya amatlah kaya sebagai sumber protein, membekalkan kalsium untuk tulang dan juga sebagai agen-antioksida bagi mencegah penyakit-penyakit kronik seperti jantung serta mengelak diabetes. Protein adalah nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan bagi membina dan membaiki tisu.


Mineral semulajadi seperti kalsium, zat besi, magnesium, vitamin B dan phosphorous di dalam kacang soya diperlukan untuk memberikan kesihatan terbaik kepada individu.


Protein yang terdapat di dalam kacang soya membantu dalam pembentukkan otot bagi yang membina otot badan dengan aktiviti berat di gym kerana selain pembinaan otot ia juga membekalkan tenaga dan stamina. Kacang soya juga membantu menghasilkan rambut dan kuku yang sihat.



Proses tumbesaran amatlah penting bagi kanak-kanak. Dalam peringkat ini protein yang terdapat di dalam kacang soya membantu pembentukan tulang dan otot yang kuat seterusnya kanak-kanak tersebut dapat membesar dengan sempurna.


Individu yang ingin mendapatkan kulit yang gebu, anjal dan cantik, tampil langsing dan sihat, asid amino yang terhasil daripada sumber protein ini dapat membantu mereka dalam mengecapi impian tersebut. Apabila susu kacang soya ini dijadikan sebagai sumber minuman, ia dapat menjadikan individu itu mudah kenyang bahkan dapat mengekalkan rasa kenyang itu agak lama, jadi serta merta akan mengurangkan mereka dari mengambil makanan berlebihan. Erti kata lain ia bagus bagi yang ingin mengekalkan mahupun mengurangkan berat badan.


Bagi ibu yang sedang hamil dan juga selepas bersalin, keperluan nutrien kacang soya seperti protein, asid folik dan vitamin B amat penting bagi menyokong perkembangan bayi yang sihat dan kuat. Sepanjang dalam kandungan, bayi perlukan nutrien yang lengkap untuk proses tumbersaran menghasilkan organ, sel, tulang dan lain-lain.


Selepas bersalin pula, ibu tersebut perlukan protein yang lengkap bagi menghasilkan susu ibu yang penuh dengan nutrisi yang mengandungi antibodi dalam membantu sistem imunisasi bayi. Jadi, untuk mendapatkan sumber protein yang sihat, protein daripada soya yang lengkap dengan asid amino perlu akan membantu perkembangan bayi yang normal dan lebih sihat.


Estrak susu soya yang diperkaya dengan nutrisi dapat di jadikan sebagai alternatif kepada bayi atau kanak-kanak yang mempunyai alahan terhadap susu lembu. Tetapi mestilah mendapatkan rujukan pakar terlebih dahulu.



Protein Soya pilihan terbaik untuk ibu yang sibuk



Jadi, memang banyak sangat khasiat kebaikan yang kita perolehi dengan pengambilan protein kacang soya ini. Janganlah abaikan kepentingan sumber protein ini dalam tubuh badan kita kerana ia membantu dari segi luaran dan dalaman.


Antara makanan tambahan (supplement) yang kaya dengan semua nutrisi seimbang di atas ialah ESP (Energizing Soy Protein) daripada Shaklee. Ia didapati dalam bentuk serbuk dan hanya dibancuh seperti susu dan minum. Amat mudah dan cepat. Ia juga merupakan pilihan terbaik untuk ibu yang sibuk dalam menguruskan keluarga dan kerja tetapi ingin memastikan diri dan keluarga mendapat nutrisi yang terbaik.


ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour




 

Jadi kalau ada yang berminat untuk mendapatkan ESP (Energizing Soy Protein) by Shaklee, jangan tunggu lama..pm saya sekarang.


152 views0 comments

Comments


bottom of page