Program Kurus Perdana (PKP) - Cabar diri anda
Alhamdulillah pada tanggal 25.04.2020 sehingga 26.05.2020 saya dengan jayanya telah sempurnakan 30 days challenge ketika masih bekerja di atas kapal. Semua ni bermula bila tengok video di youtube tentang bagaimana mereka yang dalam kategori obesiti/kegemukan berjaya turunkan berat badan secara berperingkat. Apa yang penting dalam proses ini ialah keazaman dan disiplin.
Carta Klasifikasi BMI
Cuba check berapa BMI anda. Nak cepat klik sini >> https://www.malaysiatercinta.com/2015/05/kalkulator-dan-formula-bmi-body-mass.html
Sebelum itu, kalau anda ada salah satu kriteria di bawah ni, rasanya boleh dah la mula kurangkan berat badan (antaranya adalah berdasarkan pengalaman sendiri) :
1. Perut seperti ada lifebuoy yang melekat. Lagi teruk kalau dah level tyre fender
2. Bila nak melangkah ke tempat tinggi, anda perlu tarik seluar dan kumpul di bahagian paha untuk bagi ruang. Lagi kritikal kalau lepas buat macam ni pun kaki tetap tersangkut.
3. Bila beli seluar, saiz pinggang dan cun, kaki pula labuh...
4. Masa duduk bersila cuba tengak benang-benang seluar di bahagian cawat / paha tu, kalau menunjukkan tanda-tanda menetas atau dah putus, faham-faham ja la..
5. Paha kanan dan paha kiri akrab seperti air dicincang tidak akan putus
6. Pakai Seluar track tapi nampak macam pakai legging.
7. Bila nak buka seluar atau coverall, boxer pun melekat dan keluar sama.
Ok berbalik kepada challenge itu tadi, lepas saya rasa ada azam nak cuba, terus buat jadual di komputer dan lekatkan di dinding cabin(bilik tidur). Setiap satu aktiviti saya akan cukupkan 100 kali. Jadi kalau nak senang boleh buat ikut waktu Solat. Contohnya untuk tiap-tiap senaman, buat 10 kali sebelum dan selepas solat. Jadi by the time Isyak tu dah complete la. Ada masa saya ikut timing ni, ada masa ikut sukat hati ja la, janji cukup.
Pada hari pertama sit up mendahului aktiviti lain. Maybe sit up paling senang kot, sambil baring ja.
In progress hari kedua, masa ni saya ikut plan 10 kali sebelum / selepas solat.
Perlu diingat, pada hari kedua dan ketiga, otot akan terasa agak sakit. Ya la asyik bela badan ja, padan muka. Masa ni apa yang penting ialah azam anda untuk teruskan challenge ni. Don't give up.
Alhamdulillah selesai untuk minggu pertama
Minggu kedua selesai. Tapi pada hari ke-13, disebabkan sibuk dengan operasi bunker minyak di jeti saya tak sempat cukupkan 100.
Minggu ketiga dan seterusnya badan dah steady. Kalau anda nak tambah bilangan atau jenis senaman lain pun boleh. Tapi saya maintain ja..
Minggu keempat dan penamat. Alhamdulillah selesai walaupun ada overlap dengan puasa 3 hari. Tapi masa ni saya bertugas malam, jadi buat senaman masa tu la boleh makan minum sikit.
Perubahan selama 30 hari. Bagi gambar belakang ja la, gambar depan segan pula, banyak bulu..
Sebelum cabaran bermula, badan terasa seperti ditempek cheesedale extra special. Selepas 30 hari badan rasa fresh. Alahamdulillah, saya membuat keputusan yang betul untuk mencabar diri sendiri dan berat badan pun ada turun sikit.
76kg to 72kg
Selain senaman, pemakanan juga banyak membantu dalam aktiviti ini. Pantang larang yang saya amalkan ialah :
1. Hanya minum air kosong . Kadang-kadang masukkan lemon slice juga.
2. Lepas maghrib jangan makan dah (kecuali masa duty malam)
Antara supplement yang saya ambil sepanjang bekerja di atas kapal ialah OmegaGuard dan Vivix dari Shaklee. Omegaguard bantu membakar lemak dan rendahkan Cholesterol jahat dalam salur darah. Vivix pulak meningkatkan fungsi adinopectin dalam sel lemak. Jadi badan mudah kurus insyaAllah.
Vivix
Omega
Alang-alang berat dah turun dan sempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP). Saya namakan program saya ini PKP iaitu Program Kurus Perdana. Seperti PKP Covid19, PKP ini juga mempunyai fasa seperti berikut :
Fasa 1 - Body weight workout (30 days challenge atas ni)
Fasa 2 - Diet (timing paling bagus, berpuasa sebulan di bulan Ramadhan)
Fasa 3 - Cardio (in progress...aktiviti yang paling saya tak suka)
Setiap fasa dijalankan selama 30 hari, progress dia tidak laju dan tidak perlahan, on track. Monitor berat badan anda setiap minggu. Saya akan timbang pada hari Jumaat, kerana Jumaat kan Sayyidul Ayyaam', Penghulu segala hari. Biarlah kita jadikan hari Jumaat ni hari yang dinanti-nantikan. Selepas dah timbang berat badan tu jangan pula lupa melakukan amalan sunat hari Jumaat seperti mandi sunat Jumaat, membaca surah al-Kahfi, memperbanyakkan zikir dan selawat ke atas Baginda SAW dan sebagainya.
Sekarang ni bila berat dah dalam kategori 60-an, tengok balik gambar-gambar zaman hanyut dibuai mimpi indah lemak tepu cheesedale extra special, rasa terfikir kenapa la masa tu tak terlintas untuk jaga badan?
10kg hilang. Bayangkan selama ni macam bawa 20 botol mineral kecil kehulu-kehilir.
Yang gambar kiri ni macam Jiraiya Sage Mode pula rasa. Yang sebelah kanan ni pula ala-ala Sung Jin-Woo dalam Solo Leveling kot..#kakikomik
Jadi untuk memudahkan anda, kalau anda berada di bawah kriteria yang saya senaraikan di awal-awal penulisan ataupun ada dalam kategori Kuning / Merah index BMI, you know what to do. Jangan hanyut terlalu lama dengan mimpi indah lemak tepu. Kita mampu mengubahnya, #kitajagakita. Sekian harap maklong.
Wassalam
Comentarios