top of page
Writer's picturemohd syahinudin

Tips Merancang Perjalanan Sebelum Melancong (Passage Planning)

Updated: May 28, 2020



Kali ni saya nak menceritakan pasal langkah-langkah awal untuk merancang sebelum anda melancong. Ia berdasarkan pandangan peribadi saya yang mungkin sesuai untuk anda jadikan sebagai rujukan ataupun mungkin anda ada tips yang lebih baik, boleh la kongsikan dengan kami semua. Pandangan saya adalah berdasarkan pengalaman saya yang nubis kubis ni sebagai Pegawai Dek di atas kapal dan benda ni kami panggil Passage Planning.

Apa itu Passage Planning???

Fundemental dia simple saja iaitu untuk bergerak dari point A ke point B. Senang ja kan..tapi perlu difikirkan, bagaimana untuk sampai ke sana? Melalui apa? Perlu Visa? Berapa bajet? Berapa individu? Dimana nak Solat, dimana nak makan?Halal? Boleh memasak dalam hotel? Dry / Liquid food boleh bawa? Had laju setempat? Dll ikut apa jenis pelancongan yang anda rancangkan.

Apa-apa yang akan kita lalui atau expected untuk berjumpa sepanjang perjalanan tu perlu di ambil kira seperti undang-undang tempatan, public transport yang available, cuaca, suhu, sunrise sunset, budaya, point of interest, traffic tukaran matawang, internet access, tahap keselamatan kawasan, children friendly ka tak, etc yang dirasakan perlu supaya perjalanan kita mudah dan selamat.

Jadi prinsip mudah untuk passage planning ini ialah A.P.E.M. Bukan apom ya tuan-tuan, apom ialah sejenis kuih yang kita makan tu. APEM ni ialah :


1. Appraisal

2. Planning

3. Execution

4. Monitoring

1. Appraisal

Dalam peringkat appraisal ini kita perlu kumpulkan semua maklumat sebanyak mungkin yang perlu untuk merancang perjalanan kita,bagi memastikan perlancongan kita mudah dan selamat. Dari maklumat itu anda boleh serba sedikit gambarkan bagaimana perancangan (planning) yang akan anda akan buat nanti. Sekarang banyak sumber yang boleh dijadikan rujukan, google saja…


Kumpulkan sebanyak mungkin maklumat. Mungkin ada yang anda perlu untuk perjalanan dan mana tahu ada yang di perlukan semasa kecemasan.

2. Planning

Peringkat planning ialah penting bertepatan degan quote “If you fail to plan, you are planning to fail!”.Macam saya ni yang selalu travel bersama family, jadi involve la semua members dengan planning, two head are better than one.

Masa planning ni macam susun puzzle ja, bayangkan SET A ialah MAKLUMAT yang anda kumpulkan masa peringkat Appraisal. SET B pula ialah KEHENDAK perjalanan percutian anda, contohnya anda nak travel naik apa, nak tengok apa(landscape, budaya tempatan, senibina, pantai, hutan, bandaraya, fesyen etc), nak makan apa, nak buat aktiviti apa, nak solat kat mana, atau apa-apa saja kehendak anda.

Jadi proses planning ni camtumkan saja SET A + SET B. Susun-susun bagi matching dan ia menyambungkan point A ke point B. Jadi kat sini boleh nampak step 1 dan 2 ialah penting. Resources & Planning is the key.

3. Execution

Step ke-3 ialah execution, iaitu melaksanakan plan anda tadi, dah penat kumpul maklumat, lepas tu beberapa kali pula buat plan, takkan nak save dalam komputer ja kot. Reward la diri sekali-sekala. Laksanakan perancangan melancong anda tadi. Enjoy yourself.

4. Monitoring

Langkah terakhir ialah monitoring, sambil melancong tu pastikan sentiasa rujuk pada plan, sebab kadang-kadang bila dah excited kat tempat orang ni kita terlupa nak ke mana dan buat apa, timing berada di sesuatu tempat berapa lama? apa dokumen yang perlu? berapa banyak wang yang perlu disediakan? dan sebagainya. Jadi dengan ada plan ni teratur dan disiplin sikit la, bila ada apa-apa berlaku anda dah tahu mana nak refer. Dalam process monitoring ni anda digalakkan untuk membuat penilaian berkenaan passage plan anda tadi jikalau ada penambahbaikan yang perlu untuk plan seterusnya, ataupun bagus untuk di kongsi bersama.

Jadi itu sajalah pandangan peribadi saya yang nubis kubis ni. Kalau ada apa-apa untuk dikongsikan bersama amatlah saya hargai. Sekian harap maklong


Wassalam

41 views0 comments

Comments


bottom of page