Ubah Suai Bahagian Belakang Rumah Dengan Material Awning
Sejak kami berpindah ke rumah teres ini, jarang sekali kami menggunakan bahagian belakang rumah selain daripada sidai pakaian. Saya pula tiap kali balik dari belayar akan sibuk potong lalang la walaupun tanah hanya sekangkang kera. Awal dulu semasa kami mengubah suai bahagian dapur, ada juga bertanya dengan kontraktor berapa anggaran kos untuk tambah bahagian belakang ini. Menurutnya dinding dan lantai perlu disimen dengan konkrit untuk mengukuhkan bahagian tersebut dan support bumbung genting yang akan memakan bajet lebih kurang Rm30k. Jadi kami pun membatalkan hasrat kerana ia melibatkan kos yang banyak.
Beberapa tahun selepas itu, kami mengambil keputusan untuk pasang awning di bahagian tersebut untuk meredupkannya dari cahaya matahari. Bila proses pemasangan awning dijalankan, kami terfikir kalau lantai disimen terus pun bagus juga. Jadi dua-dua kerja pun jalan sekali la..
Pemasangan awning. Masa pasang tu lay up wire siap-siap mana tau nak pasang lampu / kipas.
Simen lantai alang-alang.
Siap pasang tiles
Siap pasang tiles
Masa ni kami kerap la juga manfaatkan ruang belakang ini, cuma tiap kali keluar di sini, isteri saya perlu memakai tudung. Nak naikkan bata pula tak cukup bajet. Setelah puas berfikir saya terbayangkan konsep shower curtain, at least ada sesuatu berfungsi seperti divider dan kalis air. Jadi saya pun panjat tiang awning ni dan pasang wire kecil warna hijau tu kemudian pasang pula shower curtain. Tak sampai seminggu habis semua terbang berkibar-kibar sebab terlalu ringan. Siap ada yang tercabut dan masuk rumah jiran lagi.
Tanpa berputus asa, saya terfikirkan kanvas biru oren tu. Ia lebih berat dan tebal. Jadi saya pun cuba pasang cuma kali ni bahagian atas dan bawah saya akan ikat tali.
Caution!! Men at work
Caution!! Men at work
Siap pasang kanvas
Siap pasang kanvas
Siap pasang kanvas
Design canvas ini bertahan selama setahun lebih. Cuma bila angin kuat kanvas ini ditiup kencang, terasa seperti belayar di sebuah kapal layar. Dari luar pula nampak seperti rumah kampung . Jadi serba sedikit terubat rindu suasana kampung. Bila dah siap seperti ini senang sikit la Isteri saya nk keluar di bahagian ini. Anak saya Safiya itu pula seminggu sekali mesti akan mandi di sini sebab bila lantai basah dan licin boleh slide dari hujung ke hujung, kadang-kadang saya akan join sekaki. Terasa seperti meluncur di slide taman tema air.
1 tahun kemudian
Setelah setahun, kanvas mulai rapuh dan terkoyak di bahagian tempat ikatan tu. Jadi kami terpaksa sama ada beli baru atau buka terus dan kembali kepada konsep open space. Dalam waktu ini kami pun ronda-ronda la di dalam taman dan sekitar sini untuk tengok bahagian belakang rumah-rumah lain bagi mendapatkan idea apa nak buat lepas ini.
Antara contoh
Antara contoh
Antara contoh
Di sebabkan awalnya kami memasang awning, jadi kami perlu mencari design yang sesuai supaya nampak cantik dan yang penting dinding tak runtuh. Setelah puas berfikir tiba-tiba mendapat idea, bagaimana kalau buat cover seperti tapak pembinaan yang ada pakai bumbung awning untuk buat dinding luar seperti yang ada di sepanjang sempadan tanah projek mereka. Jadi kami pun bertanyakan kontraktor di sini dan dia pun kata boleh buat.
Hud pun bangun awal pagi sibuk nak tolong cat
Bingkai dinding
Bingkai dinding
Sementara menunggu awning yang perlu di tempah dari Bukit Mertajam, kontraktor memasang bingkai terlebih dahulu. Saya pula gunakan masa yang ada untuk servis sikit la dinding dalam ni. Lubang-lubang kecil ditampung menggunakan filler kapur dan mulakan proses mengecat.
Pemasangan awning luar
Pemasangan awning luar
Pemasangan awning luar
Selalunya dinding luar tapak projek pembinaan akan terbiar seperti ini sahaja, tetapi untuk menampakan lebih kemas, saya tempah sekali bahagian panel dalam. Kalau tak jenuh nak mencuci bahagian bingkai-bingkai tu, mesti habuk berkumpul punya.
Pemasangan panel dalam
Pemasangan panel dalam
Ruang kosong antara panel itu nanti boleh tutup pakai silikon ja. Selesai pasang panel dalam ni baru kontraktor akan ukur saiz dan tempah tingkap.
Tingkap pun dah siap pasang. Not bad la nampak.
Tingkap pun dah siap pasang
Bila semua dah siap pasang rasa seperti satu kepuasan nampak bahagian belakang ni kerana dapat manfaatkan setiap ruang yang ada. Jadi kami pun pindah la barang-barang yang jarang di gunakan ke bahagian ini. Tempat ni jadi bahagian laundry dan storage la.
Semua barang yang jarang guna pindah belakang. Siap boleh jadi tempat melepak lagi
Sudut laundry
Sudut almari baju Hud
Sudut stor. Kalau ada yang nak beli meja makan bulat ni boleh pm tepi.
Jadi setakat ini sajalah perkongsian saya. Jika anda ada sebarang cadangan atau post menarik sila kongsi bersama. Sekian harap maklong.
Wassalam
klo buat cmni kne ade approval dr pbt x bos? estimated cost bpe ye?
Assalamualaikum...Boleh tahu berapa kos semua dari naik batu hingga pasang zink dan panel dalam sebagai ganti dinding? Saya berminat untuk buat untuk tambahan bhgn belkg rumah saya.
Mana satu perlu buat dulu..awning @ ikat bata lantai mozak?..
Berapa kos tambahan belakang ni. Nice.. Sy mcm nak tiru. Pasang zink n panel dlm tu mmg panggil contractor ke