Umrah DIY Bersama Anak Kecil - 2019 ( Part 1 - Planning )
Updated: May 30, 2020
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah pada November 2019 kami sekeluarga diberikan kesempatan untuk menunaikan Ibadah Umrah buat kali pertama secara DIY. Ia merupakan satu pengalaman yang berharga kerana Umrah ini disertai anak-anak yang masing-masing berusia 8 tahun dan 1 tahun 11 bulan.
Untuk makluman semua, kos Umrah Mekah dan Madinah, 70% sahaja adalah merangkumi kos pengangkutan (tiket kapal terbang, ground transport etc) dan penginapan. Selainnya ialah seperti Visa, makan minum, perbelanjaan sendiri, cenderamata etc.
Perancangan dimulakan dengan survey tiket kapal terbang. Alhamdulillah tanpa disangka-sangka pada ketika itu Traveloka memberikan promo 30% off bagi penerbangan yang berlepas dari Singapore. Jadi kami membuat perancangan untuk berlepas dari Kuala Lumpur - Singapore transit 3 jam dan seterusnya Singapore - Jeddah, untuk perjalanan pulang pula sebaliknya iaitu Jeddah - Singapore dan Singapore - Kuala Lumpur.
Harga tiket yang kami dapat untuk 2 Adults, 1 Child & 1 Infant ialah RM6158. Penerbangan Singapore Airlines & Scoot.
Tips book flight :
1. Aware dengan promotion dari Airlines / Apps. Selalunya ada la anniversary promo etc.
2. Selain guna skyscanner, survey juga melalui website airlines tu sendiri, kadang-kadang lagi murah.
Perjalanan antara Mekah-Madinah pula melalui kereta yang mengabil masa dalam 4 Jam satu hala. Kami memilih untuk tinggal di Mekah selama 6 hari dan Madinah pula 3 hari.
Dah siap beli tiket flight kami pun terus survey hotel. Memandangkan umrah kali ini disertai anak kecil, kami memilih untuk menginap di hotel yang berdekatan dengan Masjidil Haram & Masjid Nabawi. Di Mekah Hotel Royal Dar Al Eiman, hotel ni terletak di Safwah Tower, Safwah ni terletak bersebelahan dengan Clock Tower(Abraj Al Bait) tu ja. Jadi keluar bilik jalan pergi hujung untuk turun escalator dah sampai di dataran luar Masjidil Haram.
Di Madinah Hotel Dar Al Naeem, hotel ni pula barisan hotel paling hujung yang terletak di kawasan Pintu No. 25. Untuk info pintu ni digunakan oleh muslimat untuk masuk ke raudhah.
Tips book hotel :
1. Tiap-tiap hari buka ja semua laman web travel tu ie Agoda, Booking.com, Traveloka etc and bak kata Trivago "bandingkan harga"
2. Kadang-kadang sesetengah apps ni bila kita buat 1st booking, dia bagi diskaun untuk 2nd booking. Jadi plan la book hotel total stay murah sikit dulu then 2nd book yang total stay mahal tu jadi dapat la kurangkan harga. Contoh kami book Hotel di Madinah dulu sebab stay sana 3 hari sahaja, lepas tu book hotel Mekah sebab sana stay 6 hari dan hotel mahal sikit sebab dekat area Safwah Tower tu.
3. Book yang boleh full refund. Jadi mana tau esok lusa jumpa hotel yang lagi murah boleh cancel.
Dah siap survey / book hotel kami proceed dengan cari ground transport service & mutawwif untuk bawa ziarah. Dalam dok survey tu terjumpa lah dengan Ust. Aiman Ahmad. Jadi dia lah yang arrange perjalanan Jeddah- Mekah, Mekah-Madinah, Madinah-Jeddah dan ziarah untuk kedua-duanya.
Join sekali la group backpacker umrah ataupun apa-apa group berkaitan Umrah secara DIY untuk menambahkan ilmu atau bertanyakan soalan apa patut.
Bila dah dekat dengan tarikh penerbangan barulah kami uruskan Tourist Visa dan Travel Insurance. Reminder!! Travel Insurance ni kadang-kadang ada yang kena beli dalam 1-2 minggu sebelum perjalanan, jadi baca polisi insurans tu betul-betul. kami memilih Etiqa Tripcare 360 Takaful. Contoh macam gambar di bawah jadi boleh pilih la mana yang berkenan di hati.
Tapi harga yang kat atas ni belum diskaun lagi, kadang-kadang dapat diskaun up to 25%, jadi even ambil plan platinium pun harga dalam RM265 untuk satu keluarga.
Untuk Tourist Visa pula boleh buat secara online di laman web https://visa.visitsaudi.com/ . Process ni ambil masa dalam 30 minit - 1 jam. Mula create account dulu, lepas tu fill up application, buat bayaran and selepas bayaran e-visa pun siap. Sebelum tu ambil gambar siap-siap la untuk visa . Background putih and ada ukuran saiz dan pixel. tak ingat la pula...Visa ni valid setahun dan boleh digunakan untuk Umrah & Melancong. Jadi dalam setahun tu kalau rasa nak umrah lagi boleh la pakai visa yang sama. Harga visa ni termasuk insurans dalam RM525/pax.
Contoh e-Tourist Visa
Jadi Bila semua planning atas dah siap you are almost ready for Umrah. Stay tuned untuk Part 2 berkenaan persediaan diri untuk Umrah
Klik di Sini untuk Part 2 - Persediaan Diri
Comentarios