Umrah DIY Bersama Anak Kecil - 2019 (Part 2 - Persediaan Diri)
Updated: May 30, 2020
بسم الله الرحمن الرحيم
Sebelum berangkat menunaikan Ibadah Umrah, ada beberapa persediaan yang perlu kita buat antaranya :
1. Ilmu tentang Umrah (Hukum, rukun, perkara wajib, larangan etc)
2. Kelengkapan barang-barang Umrah
1. Ilmu tentang Umrah
Ilmu mengenai Ibadah Umrah ni boleh diperolehi dengan pelbagai cara. Sebelum berangkat kami sekeluarga ada sertai Kursus Umrah yang di adakan di sekitar kawasan berhampiran. Kebanyakkan kursus ini adalah percuma. Tapi sebelum sertai kursus cuba tengok video pasal umrah di youtube dulu, jadi masa kursus tu nanti kita dah ada idea / gambaran sikit pasal Umrah ni. Ulang proses ni beberapa kali sampai boleh hafal lagi bagus.
Buku panduan umrah juga boleh digunakan dan boleh pinjam pada saudara-mara / kawan-kawan yang telah menunaikan umrah. Selain tu belajar cara-cara solat jenazah sama, sebab di sana hampir selepas setiap Solat 5 waktu akan diadakan Solat Jenazah.
Cara ringkas Solat Jenazah
2. Kelengkapan barang-barang Umrah
Kelengkapan barang-barang Umrah ini terbahagi kepada beberapa part seperti :
a. Kain Ihram / Telekung / Pakaian solat - Bergantung kepada jangkamasa berada di sana, macam kami pergi Mekah utk 6 hari jadi kain ihram 2 pasang dah cukup, contoh saya bawa kain bahagian badan cuma 2 helai manakala kain bahagian bawah 3 helai sebab cepat kotor (jalan kaki, duduk). Lagipun untuk pakej DIY ni susah nak cari tempat laundry. Telekung pula cukup la 2 pasang dan 5 helai jubah.
Sediakan juga botol spray untuk wuduk. Di cadangkan yang bersaiz sedang dan nozzle besar sikit. Jadi tak perlu la nak spray banyak-banyak kali.
b. Toiletries - Nak pakai hotel punya pun dah ok cuma kalau ada prefered toiletries boleh la bawa siap-siap.
c. Pakaian di sana (Beg / Kasut / Selipar etc) - Sepanjang berada di sana saya hanya berselipar jepun saja memandangkan senang nak masukkan dalam plastik / beg. Isteri pula pakai selipar ala-ala crocs tu yg tutup depan. Beg sandang pula pilih ikut cita rasa, kalau rasa sanggup nak usung barang banyak-banyak beli la yang besar sikit.
d. Ubat / Supplement - Disyorkan untuk bawa in case memerlukan. Kalau ada history sakit tertentu, lagi lah kena bawa. Kami bawa supplement Shaklee Osteomatrix (untuk lenguh kaki),Vitamin C & Garlic complex untuk immunity,Co-Trol untuk energy, Alhamdulillah semua sihat disana cuma Hud masa di Madinah ada low grade fever . Ubat pula bawak panadol adult & kids, ubat selsema, batuk, sakit tekak, cirit dan sakit perut. Vicks dan ointment macam minyak cap kapak pun berguna jugak.
e. Lain-lain - Seperti Simcard kami siapkan dari Malaysia lagi, beli simcard Celcom Xpax Umrah. Harga RM68 dapat internet 3gb, 30 minit call dan 30 sms. Cukup la sepanjang berada di sana. Tag Nama pun buat ja walaupun pergi secara DIY, tulis information seperti Nama Hotel, Emergency contact di Malaysia & Saudi. Tujuaan utama saya buat tag ni pun in case emergency / sesat, orang yang tolong tu dah tau dah nak contact yang berkenaan. Since tag nama buat sendiri pakai card holder transparent 2 sided, bahagian belakang saya print la doa / apa-apa berkenaan. Tag untuk checked in luggage juga saya prepare. Bak kata pepatah "Amat Victoria Curam“ iaitu Victory Loves Preparation
f. Baby stroller / carrier - Kami bawa stroller sahaja since Hud tak suka Baby Carrier tapi mostly stroller pun pakai masa transit di Airport dan jalan-jalan sekitar Mekah dan Madinah untuk beli barang-barang. Untuk pergi solat di Masjidil Haram tak bawa pun, dukung ja la... Stroller banyak digunakan di Madinah.
Contoh Tag Nama Bahagian Depan
Contoh Tag Nama Bahagian Belakang
Contoh Tag Luggage
Ok Part 1 - Planning dah siap dan Part 2 - Persediaan Diri pun dah cerita, stay tuned utk Part 3 - Ibadah Umrah DIY
Klik di sini untuk Part 3 - Ibadah Umrah
Comments