Umrah DIY Bersama Anak Kecil - 2019 (Part 3 - Ibadah Umrah)
Updated: May 30, 2020
بسم الله الرحمن الرحيم
Perjalanan kami bermula dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA), sediakan passport and e-visa masa check in. Lepas tu inform staf di check-in kaunter tu kata nanti luggage nak collect di Terminal Airport (luggage end up sampai ke Terminal Umrah...tapi chill dulu, baca sampai bawah)
Seterusnya terus naik flight KUL-SIN dalam 45 minit ja, masa transit tu jalan-jalan dalam terminal ja la sambil cari next flight punya depature hall.
Ni gambar dalam terminal Changi Airpoirt SIN, belakang tu ramai-ramai ialah jemaah dari Indonesia yang akan sama-sama akan naik flight ke Jeddah JED, dan mostly flight ni penuh dengan jemaah dari Indonesia, jadi dalam hati dah lega sikit, ada la geng nak join pakai ihram dalam flight nanti.
Sila abaikan perut saya yang misalignment tu. Baju jenis ni melekat sikit
Dalam flight SIN-JED kami naik Scoot Airline, syarikat penerbangan low cost macam AirAsia, disebabkan masa tu Hud masih infant, kami dapat seat row paling depan, ambil feeling Business Class, yang power plug dekat seat tu kena bayar ok tuan-tuan. Jadi kalau naik sini bawa la fully charged powerbank (jimat duit)
Dalam 2 jam sebelum landing / sampai Miqat saya dah siap-siap untuk tukar ihram, tapi tengok belakang pakcik-pakcik dari Indonesia steady ja lagi tidur, rupa-rupanya group ni sampai Jeddah mereka akan ke Madinah dulu jadi belum buat Ibadah Umrah la. Sorang-sorang la pakai ihram dalam flight tu. Tukar kasut siap-siap kepada selipar jepun atau apa-apa ja la yang tidak menutup depan kaki. Untuk perempuan pula cukuplah pakaian yang menutup aurat.
Dalam 15 minit sebelum Miqat pilot akan announce bagi peringatan, kalau risau pilot terlupa announce / tertidur ka masa dalam flight tu, inform la cabin crew kata nanti nak sampai Miqat tolong bagitahu.
Bila dah Niat ihram di Miqat, maka bermula Ibadah Umrah, kena jaga rukun & pantang larang Umrah. Tapi fokus sama la perkara-perkara sunat Ibadah Umrah ni.
Rukun Umrah :
1. Niat Ihram di Miqat
2. Tawaf
3. Saie
4. Gunting / bercukur
5. Tertib
Wajib Umrah :
1. Niat ihram di Miqat
2. Meninggalkan pantang larang ihram
Jadi selepas niat ihram, banyak-banyakkan bertalbiyyah seperti berikut :
Selepas flight landing, kami pun keluar untuk Immigration clearance semua, waktu ni ialah 11:00 pm waktu Jeddah. Part nak tunggu luggage ni tricky sikit, sebab masa checked-in di KLIA, staf di kaunter tanya nk pergi buat Umrah ka? kami pun jawab la Ya, dan luggage pun end up di Terminal Umrah. Tapi jangan risau, baca kat bawah ni...
Bila tunggu luggage tak kunjung tiba di JED Airport, saya pun kehulu-kehilir la mencari dengan penuh sabar sambil bertalbiyyah. Rupanya ada satu kaunter di hujung tempat tunggu luggage ni. Jumpa staf tu dan bagitahu ja yang kita ada luggage nak dibawa ke sini (diambil dari flight / terminal umrah) lagi senang bagitahu description beg ie kuantiti / warna / tagging etc. jadi better ambil gambar beg sebelum checked-in beg di Malaysia.
Selesai dapat luggage, kami pun keluar dari terminal dan pemandu taxi (ground services) dah pun ready sebab dia dah aware bila landing time apa semua. Service ni saya book melalui Ustaz Aiman Ahmad. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah mengambil masa dalam 1 jam 15 minit.
Setibanya di Mekah kami terus ke hotel untuk check-in simpan luggage sebelum ke Masjidil Haram untuk tawaf. Seperti gambar di atas, seluruh bangunan ini di paggil Safwah, dan di dalamnya terdapat beberapa hotel seperti yang saya tanda kotak tu, dan hotel yang kami menginap berwarna hijau. Dalam Safwah ni terdapat kedai-kedai menjual pakaian, barang runcit, makanan, kedai gunting rambut etc. Jadi agak convenient.
Untuk ke Masjidil Haram, perlu ke hujung kawasan anak panah escalator itu untuk turun ke bawah dan boleh dah sampai di dataran luar Masjid. Jadi untuk keluarga yang bersama anak kecil amat digalakkan la untuk menginap di sekitar ini. Kalau ada bajet lebih sikit boleh menginap di hotel dalam Clock Tower / Abraj Al Bait.
Ok guys, kembali kepada selepas checked-in dan letak luggage, kami pun menuju ke Masjidil Haram. Time ni perasaan dah membuak-buak kerana pertama kali dalam hidup dapat menjejakkan kaki di Masjidil haram dan melihat Kaabah.
Subhanallah...Alhamdulillah...Allahuakbar
Itulah perkataan yang diucapkan masa pertama kali jejakkan kaki di Masjidil Haram dan melihat Kaabah dari dekat. Syukur sangat masih diberikan nikmat oleh Allah. Waktu ni 3:22am waktu Mekah. Tanpa melengahkan masa kami buat turn la, seorang tawaf seorang lagi jaga anak. Sambil jaga anak tu buat la amalan apa-apa ie Solat sunat, bacaan Al-Quran, zikir etc.
Tawaf tu kita praktikkan la apa kita dibelajar semasa kursus Umrah / melalui video / bacaan.
Selesai tawaf, ikut signboard ja yang tulis To Masa'a, nanti sampai la tempat saie yang bermula dari Bukit Safa ke Bukit Marwah
Laluan keluar dari dataran tawaf ke Bukit Safa, laluan nak naik ni curam sikit, tapi sikit ja la...
Selesai Saie and solat Subuh hud pun dah terlelap
Saie ni kami buat sama-sama ja, Hud kadang jalan, kadang dukung, Alhamdulillah di permudahkan. Kalau rasa lenguh or penat, parking tepi and rehat dulu la lepas tu baru teruskan perjalanan. Masa kami selesai saie terus gunting / cukur rambut dan Azan Subuh pun berkumandang. Jadi kami solat di kawasan Bukit Marwah.
Permandangan dataran tawaf selepas Solat Subuh
Alhamdulillah urusan Umrah untuk kali pertama di permudahkan. Selesai solat subuh kami pun bergegas ke hotel untuk sarapan dan berehat memandangkan badan masih penat seharian travel. Nanti tengah hari nak ke Masjid awal untuk Solat Jumaat.
Stay tuned untuk Part 4 - Hari-hari di Mekah / Ziarah / Tawaf Wada'
Klik di sini untuk Part 4 - Hari-hari di Mekah / Ziarah / Tawaf Wada'
Comments