top of page
Writer's picturemohd syahinudin

Umrah DIY Bersama Anak Kecil - 2019 (Part 4 - Hari-hari di Mekah / Ziarah / Tawaf Wada')

Updated: May 30, 2020

بسم الله الرحمن الرحيم



Selepas Subuh pagi tadi kami terus balik hotel dan berehat. Bangun dari tidur ja terus siapkan diri untuk ke Masjid Solat Jumaat. Dalam bangunan terdapat speaker dan tiap kali masuk waktu Azan akan dikumandangkan. Dalam bilik pula buka ja TV Live Masjidil Haram. Boleh nampak bila waktu kemuncak and waktu lapang. Jadi boleh timing la bila plan nk buat tawaf sunat etc.


Sepanjang berada di sana, kami banyak habiskan masa di Masjidil Haram, jangan lepaskan peluang yang jarang-jarang sekali dapat ni.


Disebabkan pintu masuk depan hotel ditutup (sebab orang makin crowded) kami pun masuk melalui pintu bahagian Saie dan solat Jumaat disitu


Dataran luar Masjidil Haram



Permandangan dari tingkat atas dataran tawaf


Menunggu masuk waktu Subuh


Kalau dahaga jangan risau. Ada khidmat air zamzam bergerak


Beli mainan baru senang sikit Safiya and Hud main.


Bakal Hafizah & Ustazah. InsyaAllah


Pintu Kaabah


Kedai-kedai dalam Clock Tower


Belanja depa makan. Dua-dua behave kat sana. Alhamdulillah


Siap-siap untuk ziarah. Naik GMC


Awalnya kami book kereta sedan saja memandangkan nak kurangkan kos. Tapi Ustaz Aiman dengan baik hatinya upgrade ke GMC. Alhamdulillah rezeki. Ziarah kami sekita kawasan Mekah sahaja, antaranya Jabal Thur, Arafah, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Mina, Jamrat, Jabal Nur, Jannatul Ma'la, Masjid Jin.

Kebanyakan kawasan tengok dari luar saja dan kawasan ibadah haji khususnya di tutup jika bukan musim haji.

Selalunya keluar ziarah ni kita akan terus niat di dalam kawasan Tanaim dan kami niat di Masjid Aisyah. Jadi keluar bawa bersama kain ihram dll.


Jabal Rahmah



Masjid Aisyah


Ruang dalam Masjid Aisyah. Semua dah ready ber-ihram untuk menunaikan umrah. Alang-alang tu terus solat sunat ihram kat sini.


Sambil seorang tawaf, seorang lagi jaga anak la dulu


Kalau berkerusi roda. Selain bahagian atas yang dikhususkan utk kerusi roda, ada ja yang guna laluan tengah ni untuk Saie


Lampu hijau di kawasan Saie, disunatkan utk berlari-lari anak.


Bukit Marwah. Pijak-pijak la batu ni reflexology sikit.


Hud & Safiya


Laluan Marwah - Safa, laluan di tingkat bawah bercerun sikit la dan budak-budak ni suka buat macam main slide


Selesai Saie gunting rambut / bercukur pula. Kali ni memilih untuk cukur terus. dalam kawasan Safwah mahai sikit. Antara blok Safwan & Clock tower ada laluan turun bawah. Dalam tu ada kedai gunting rambut murah sikit.


Pada hari terakhir di Mekah. Sayu rasa hati nak meninggalkan Masjidil Haram. Tapi setiap yang bertemu akan berpisah. Niat untuk kembali lagi kerana Allah Taala.


Jadi pada hari terakhir tu selesai Tawaf Wada, kami pun check out hotel dan menunggu untuk ke Madinah menggunakan kereta. Awainya nak cuba juga train laju tu (Haramain High Speed Railway) tapi masa tu service suspended ada salah satu stesen terbakar so awal-awal lagi la kami book kereta saja. Door-to-door lagi senang. Ni pun pakai khidmat Ustaz Aiman.


Perjalanan Mekah - Madinah mengambil masa selamat 4 Jam 30 Minit melalui jalan darat. Suasana bukit berbatu and padang pasair sepanjang perjalanan membuatkan saya berfikir betapa hebat dan sabarnya Rasulullah dah sahabat yang berhijrah dari Mekah ke Madinah dulu. MasyaAllah.


Kami bertolak dari Mekah sekitar jam 10:15 am.


On the way ke Madinah. Stay tuned



290 views0 comments

Comments


bottom of page