Umrah DIY Bersama Anak Kecil - 2019 (Part 5 - Madinah dan kos keseluruhan)
Updated: May 30, 2020
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah perjalanan Mekah - Madinah selama 4 Jam lebih berjalan dengan selamat. Sampai di Madinah kami terus check in di hotel. Kami sampai dalam pukul 2:00 pm.
Selesai check-in kami berehat sebentar di bilik dan terus ke Masjid Nabawi untuk solat Asar.
Dari hotel ke Masjid Nabawi mengambil masa tak sampai 10 minit sambil berjalan bersama anak -anak.
Dataran luar Masjid Nabawi
Suasana dalam Masjid. Subhanallah cantik..
Sebagai kenangan
Kawasan bumbung Masjid
Kawasan bumbung Masjid
Kami sampai ke bumbung ni masa sebelum Solat Jumaat. Masa masuk masjid pintu di kawasan bawah telah ditutup dan yang ada hanya access ke atas sahaja.
Pintu Babussalam
Pintu ni nampak macam penting kan?? Pintu No. 1. Kita perlu masuk dari pintu ini untuk ziarah Makam Nabi dan untuk ke Raudhah bahagian lelaki. Untuk ke Raudhah pastikan masuk ikut jadual, ada masa Raudhah di tutup untuk bagi peluang kepada jemaah wanita and untuk proses pembersihah.
Kawasan berdekatan Raudhah
Kerja-kerja pembersihan kawasan Raudhah.
Pada pendapat saya, untuk jemaah lelaki peluang paling senang masuk ke sana adalah pada pukul 2:00 am iaitu selepas kerja-kerja pembersihan. Dengan syarat dalam waktu tersebut dah terpacak senang diri la di kawasan berhampiran.
Bagi jemaah wanita waktu untuk pergi Raudhah sila baca ulasan Isteri saya di bawah ini :
Waktu
Selepas subuh : 7.30-11.30 pagi
Selepas zohor : 1.00 tengahari - 3.00 petang
Selepas isyak : 9.00 malam - 1.00 pagi. (Saya pergi sesi ni)
Untuk masuk Raudhah bagi wanita, saya masuk melalui pintu 25. Nanti kita akan nampak ramai orang berkumpul. Oleh kerana saya pergi seoarang diri tiada mutawwifah saya hanya beratur dalam geng orang arab sebab ada yang kata orang asia akan masuk last sekali.Tapi disana tak ikut barisan pun sebab bila guard bukak sahaja pintu laluan ke Raudhah semua bertolak-tolak dan masuk serentak. Apa lagi saya guna la ilmu bersesak-sesak bertolak-tolak di Mesir dulu terus pecut ke Raudhah. Sebenarnya area Raudhah adalah antara makam Rasulullah dan mimbar Rasulullah (orang selalu kata kawasan karpet hijau). sekarang dah tukar karpet jadi kawasan sekeliling Raudhah pon karpet yang sama dengan tempat sebenar Raudhah. Jadi jangan tersilap ya solat dan doa di tempat yang tak ramai orang sebab anggap kawasan itu adalah Raudhah. Tempat sebenar adalah sebelah makan Rasulullah tempat orang paling ramai bersesak sesak. Alhamdulillah lega rasa dapat ke Raudhah walaupon hanya sekali.
Kawasan luar Masjid Nabawi
City Sightseeing Bus
Kawasan luar Masjid Nabawi
Seperti yang saya katakan sebelum ini, kami banyak menggunakan stroller di Madinah. Bila ke kawasan Masjid tolak ja stroller sampai sana dan park saja dalam tu. Selalunya isteri saya akan letakkan stroller di area kawasan letak kasut wanita berdekatan pintu No. 25.
Hud low grade fever
Nak di jadikan cerita di Madinah Hud kena demam sikit, tapi alhamdulliah low grade sahaja. Jadi tak perlu seek medical further medical treatment. Di sini boleh nampak dah ubatan dan supplement penting. Kami siap bawa Kool Fever lagi...
Masjid Quba
Masjid Quba
Dalam Masjid Quba
Makam Syuhada' Uhud. Dikatakan di sini terdapat Makam Saidina Hamzah
Di sekitar Jabal Uhud
Dalam kedai di Ladang Kurma
Semasa ziarah Madinah, kami melawat ke kawasan seperti Masjid Quba, Ladang Kurma, Jabal Uhud, Maqam Syuhada' Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid Khandak.
Ziarah Madinah pun sama la ceritanya dengan Ziarah di Mekah. Kami booking kereta sedan tapi MasyaAllah, Ustaz Aiman membawa kami dengan menaiki GMC. Sambil ziarah Ustaz memceritakan serba sedikit tentang sejarah di kawasan sekitar.
Selepas ziarah kami pulang ke hotel dan meneruskan aktiviti seperti biasa.
Bumi Madinah di limpahi hujan pada malam itu.
Tak banyak aktiviti yang kami lakukan di Madinah memandangkan kami tinggal di sini selama 3 hari sahaja. Tapi barang-barang cenderamata banyak kami beli dari Madinah memandangkan harganya yang murah berbanding Mekah.
Selesai urusan di Madinah, kami menaiki kereta untuk ke Airport Jeddah dah mengambil masa dalam 4 Jam. Perasaan berbaur-baur kerana sayu untuk tinggalkan bumi Mekah & Madinah. Di Airport ada disediakan perkhidmatan Air Zamzam yang boleh dibeli berdasarkan bilangan penumpang. Macam kami ada 2 Dewasa, 1 Kanak-kanak, dan 1 Infant, kami layak membeli untuk 3 Botol ( Infant tak kira). Sebenarnya Air Zamzam percuma disana, kita hanya membayar untuk kos botol tu ja dalam 8 Dirham.
Selesai urusan check-in di Airport kami pun menaiki penerbangan pulang ke Malaysia...tapi transit Singapore dulu..
'Dekat' Business Class
Penerbangan dari Singapore ke Malaysia kami menaiki Singapore Airlines memang dah include dalam offer Tiket Traveloka. Kami dapat seat dekat Business Class. Ya..'dekat' Business Class iaitu hanya di belakang mereka sahaja..
Sampai di KLIA macam biasalah bersiap-siap untuk balik ke rumah pula memandangkan esoknya Safiya sekolah. Pi umrah ni pun dah ponteng sekolah beberapa hari.
Birthday Hud
Sampai di Malaysia saja esoknya Birthday Hud yang ke 2 tahun. Jadi lepas ni tiada lagi la travel dengan harga tiket infant.
Kos Keseluruhan
Kos keseluruhan Umrah bagi kami sekeluarga adalah seperti di bawah.
Buat yang tertanya-tanya siapakah Ustaz Aiman Ahmad dan berminat untuk bertanyakan servis beliau bolehkan contact di no +60166242562 ataupun add beliau di facebook bernama A MJ << click ja sini saya dah link siap-siap.
Ustaz Aiman Ahmad
Sampai sini sajalah apa yang dapat kami kongsikan bersama. Kami mendoakan semua yang membaca akan di permudahkan urusan untuk menunaikan Ibadah Umrah / Haji.
Wassalam...
Comentários